KAMERA ANTIK
Pada zaman awal fotografi, manusia lebih memberi tumpuan kepada proses penciptaan kamera itu sendiri. Berbagai proses telah dicipta dan diperkenalkan. Ciptaan-ciptaan awal ini mempunyai berbagai kelemahan yang kemudiannya sentiasa diperbaiki oleh ciptaan-ciptaan lain yang lebih baik.
Setelah beberapa lama, apabila kamera menjadi semakin mudah digunakan dan menghasilkan kualiti yang lebih baik, dunia fotografi terus berkembang dengan lahirnya jurufoto-jurufoto yang menggunakan kamera sebagai alat untuk berkarya.
Fotografi juga telah berkembang menjadi satu bentuk media visual yang mempunyai nilai seni yang tersendiri. Ianya juga turut memberi faedah yang besar dalam berbagai bidang seperti kewartawanan, pengiklanan, perubatan, pendidikan, pemetaan dan sebagainya.
Perkataan camera obscura adalah perkataan yang berasal dari Bahasa Latin dimana ‘camera’ bermaksud bilik dan ‘obscura’ bermaksud gelap. Oleh itu, camera obscura bermaksud bilik gelap. Memang pada asalnya, kamera adalah merupakan sebuah bilik yang tertutup dan gelap. Satu lubang kecil akan dibuat pada satu dinding di bilik tersebut bagi membolehkan cahaya masuk.
Cahaya yang masuk melalui lubang kecil ini akan membentukkan imej pada satu permukaan yang bertentangan di dalam bilik ini. Kamera yang bersaiz sebuah bilik ini kemudian telah dikecilkan saiznya sehingga ia menjadi mudah alih. Camera obscura seterusnya menjadi semakin popular apabila ianya dijadikan dalam bentuk kotak yang dibuat dari kayu dan bersaiz lebih kecil.
Kamera obscura yang telah diperbaiki bersaiz lebih kecil dan mudah alih. Alat ini digunakan untuk menekap imej yang dihasilkan untuk dijadikan lukisan.
Kamera yang digunakan untuk menghasilkan foto dengan proses Dagurreotype.
Kamera Kodak No. 2A (Brownie) yang telah diperbaharui dari kamera sebelumnya, iaitu Kodak No. 1. Penghasilan kamera jenis ini telah menjadikan fotografi lebih popular di kalangan orang awam.
Di bawah terdapat beberapa jenis barangan kamera antik yang menjadi hobi kepada sesetengah orang yang mana sanggup berhabis wang untuk memiliki barangan antik.
Kamera Lubitel 2
Kamera Polaroid USA
Kamera Klasik Belfoca
Pailard Bolex L8
Philips Flash Camera
Polaroid 210